Sesetengah orang mentafsilkan bahawa setiap perkara atau sifat negatif itu mendatangkan kebukrukan kepada diri sendiri mahupun orang lain..
Semestinya kita sedia maklum tentang perkara yang baik dan kurang baik.atau dikenali sebagai sifat :
1) Sifat Mazmumah
2) Sifat Mahmudah
Apa yang dimaksudkan dengan Sifat Mazmumah?..
~Sifat Mazmumah ialah perkara terkeji..contohnya.
1) Berahi makan
2) Berahi cakap
3) Suka marah
4) Dengki
5) Kasih pada harta
6) Kasih kemegahan
7) Kasih keduniaan
8] Takabbur
9) 'Ujub
10) Riya'
( semoga penulis dan pembaca dijauhkan daripada Sifat Mazmumah..AMIN. )
Apa pula yang dikatakan dengan Sifat Mahmudah?
~ Sifat Mahmudah ialah Sifat Terpuji.
1) Taubat
2) Teguh akan Allah
3) Zahid
4) Sabar
5) Syukur
6) Ikhlas
7) Tawakkal
8] Kasih akan Allah
9) Redha akan Allah pada segala perbuatan dan hukumanNYA
10) Ingat akan mati
( semoga penulis dan pembaca tergolong dalam kalangan orang yang dibukakan hati untuk mencintai sifat Mahmudah..AMIN ).
Tetapi dalam membicarakan kedua sifat ini, kita sering berfikir bahawa SEMUA perkara atau sifat mazmumah yang sering mendatangkan kejahatan..Tidak dinafikan bahawa semua Sifat Mazmumah mendatangkan keburukan mahupun akan melakukan kejahatan. Tetapi apa yang penulis nampak iaitu Satu sifat Mazmumah yang boleh mendatangkan kebaikan, tetapi kalau salah ditafsirkan dan diaplikasi ianya boleh mendatangkan keburukan.
Apakah sifat tersebut?>>>ianya adalah sifat dengki @ iri hati @ cemburu..Apa yang nampak mendatangkan kebaikannya?
" KEBAIKAN " DARIPADA SIFAT DENGKI @ IRI HATI @ CEMBURU
semua orang pernah mengalami suasana pembelajaran dalam hidup mereka, tidak dinafikan semuanya ingin yang terbaik dalam setiap apa yang mereka ingin lakukan, tidak kira dari sekolah mahupun diperingkat universiti setiap daripada kita akan berlumba-lumba untuk mendapatkan yang terbaik.pernah dikisahkan dalam satu cerita
Pada tahun itu diperkenalkan PPSMI ( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ), Anak NELAYAN itu memang gemar subjek SAINS, tetapi menambahkan kesukaran apabila Subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.
Daripada kes itu,
dia CEMBURU kan kawan-kawan yang berjaya,
dia IRI HATI dengan kelulusan semua subjek daripada kawan-kawan dia
dia DENGKI apabila melihat kawan-kawan lain senyum gembira.
dia juga merasakan bahawa dirinya tidak lanyak untuk berkawan dengan mereka ( walaupun kawan-kawannya tidak menganggap sebegitu pun ).
Selepas Kes itu,
Akhirnya, apabila Peperiksaan Akhir Tahun diumumkan, dia mendapati bahawa dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam kesemua subjek sehingga dinobatkan sebagai pelajar contoh bagi pelajar Tingkatan 1..
" KEBURUKAN " DARIPADA SIFAT DENGKI @ IRI HATI @ CEMBURU
Kalau salah di"implemen"kan daripada sifat DENGKI ini mungkin akan menambahkan kesusahan kepada diri sendiri..semuanya bergantung pada niat kita. Sehinggakan disuatu cerita ini dinukilkan sebegini :
" Anak kepada seorang PETANI masih menuntut di Sekolah Menengah harian biasa, tidak dinafikan cabaran dia disekolah itu amat berbeza kerana dia ditempatkan di Kelas Pertama bersama pesaing-pesaing dari pelbagai bangsa..Lelaki didalam kelas itu hanya 10 orang sahaja termasuk anak PETANI tersebut.
Pada tahun itu diperkenalkan PPSMI ( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ), Anak PETANI itu memang gemar subjek MATEMATIK, tetapi menambahkan kesukaran apabila Subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.
Setelah satu penggal musim persekolahan, diadakan peperiksaan pertengahan tahun. dipendekkan cerita, anak PETANI tersebut mendapati keputusan matapelajaran MATEMATIK dia gagal..hanya satu sahaja merah pada "report card" dia..dengan sebab itulah dia jatuh kepada "ranking" 32/35.
Daripada kes itu,
dia CEMBURU kan kawan-kawan yang berjaya,
dia IRI HATI dengan kelulusan semua subjek daripada kawan-kawan dia
dia DENGKI apabila melihat kawan-kawan lain senyum gembira.
dia juga merasakan bahawa dirinya tidak lanyak untuk berkawan dengan mereka ( walaupun kawan-kawannya tidak menganggap sebegitu pun ).
Selepas Kes itu,
dia menanamkan semangat untuk berjaya menjatuhkan keputusan kawan-kawannya yang lain kerana cemburukan dengan kawan-kawan dia sebelum ini, selepas kelas tamat, dia akan mengajak kawan-kawan nya lepak sehingga mengabaikan pelajaran dan meninggalkan kerja sekolah. dikesempatan itu jugalah, apabila dia ternampak kawan-kawannya membaca atau mengulangkaji pelajaran, hati dia berasa irihati dan dia pun mencuri dan menyembunyikan nota kawan-kawannya , walaupun kadang-kadang dia menipu dan membohong kawan-kawannya yang lain. Daripada sifat-sifat itulah, dia mencabar diri dia untuk berjaya menghasut rakan-rakannya supaya ponteng sekolah dan lari daripada sekolah.
Akhirnya, apabila Peperiksaan Akhir Tahun diumumkan, dia mendapati bahawa dia mendapat keputusan yang tercorot dalam kesemua subjek sehingga dia diturunkan ke kelas bawahan sebagai pengajaran keatas diri beliau sendiri.
Pesanan : Situasi yang sama dialami oleh kedua pelajar ini, kedua-dua pelajar ini cemburu dan iri hati tetapi cara dia salurkan Kecemburuan dan keirihatian itu membawa kepada kejayaan dan kegagalan..
~PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI~
_alif atif_
thanx pesanan!
terima kasih lelaki ini..
cerita yg menarik,
kesimpulannya, x salah kan
kalau kita cemburukan rakan
dalam pelajaran??
bagi pendapat peribadi saya xsalah..
tetapi cara kita menangani cemburu itu bukan menjatuhkan kawan dengan perkara yang terkutuk..
tapi mencabar diri kita agar melakukan terbaik dalam pelajaran..
setuju... terima kasih !
sama2 aishah ramli