• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 6 Reaction

Sesetengah orang mentafsilkan bahawa setiap perkara atau sifat negatif itu mendatangkan kebukrukan kepada diri sendiri mahupun orang lain..

Semestinya kita sedia maklum tentang perkara yang baik dan kurang baik.atau dikenali sebagai sifat :
1)  Sifat Mazmumah
2)  Sifat Mahmudah

Apa yang dimaksudkan dengan Sifat Mazmumah?..

~Sifat Mazmumah ialah perkara terkeji..contohnya.

1) Berahi makan
2) Berahi cakap
3) Suka marah
4) Dengki
5) Kasih pada harta
6) Kasih kemegahan
7) Kasih keduniaan
8] Takabbur
9) 'Ujub
10) Riya'

( semoga penulis dan pembaca dijauhkan daripada Sifat Mazmumah..AMIN. )

Apa pula yang dikatakan dengan Sifat Mahmudah?

~ Sifat Mahmudah ialah Sifat Terpuji.

1) Taubat
2) Teguh akan Allah
3) Zahid
4) Sabar
5) Syukur
6) Ikhlas
7) Tawakkal
8] Kasih akan Allah
9) Redha akan Allah pada segala perbuatan dan hukumanNYA
10) Ingat akan mati

( semoga penulis dan pembaca tergolong dalam kalangan orang yang dibukakan hati untuk mencintai sifat Mahmudah..AMIN ).

Itu mungkin hanya beberapa senarai yang diketahui, mungkin banyak lagi yang diketahui sendiri oleh pembaca terutamanya. Umum memngetahui, kalau penjelasan mengenai kedua Sifat ini, mungkin pembaca lebih arif untuk menafsirkan dan menghujahkannya..( ingin maklumat lebih lanjut mengenai Sifat Mahmudah dan Mazmumah, sila klik sini ).

Tetapi dalam membicarakan kedua sifat ini, kita sering berfikir bahawa SEMUA perkara atau sifat mazmumah yang sering mendatangkan kejahatan..Tidak dinafikan bahawa semua Sifat Mazmumah mendatangkan  keburukan mahupun akan melakukan kejahatan. Tetapi apa yang penulis nampak iaitu Satu sifat Mazmumah yang boleh mendatangkan kebaikan, tetapi kalau salah ditafsirkan dan diaplikasi ianya boleh mendatangkan keburukan.


Apakah sifat tersebut?>>>ianya adalah sifat dengki @ iri hati @ cemburu..Apa yang nampak mendatangkan kebaikannya?

" KEBAIKAN " DARIPADA SIFAT DENGKI @ IRI HATI @ CEMBURU

semua orang pernah mengalami suasana pembelajaran dalam hidup mereka, tidak dinafikan semuanya ingin yang terbaik dalam setiap apa yang mereka ingin lakukan, tidak kira dari sekolah mahupun diperingkat universiti setiap daripada kita akan berlumba-lumba untuk mendapatkan yang terbaik.pernah dikisahkan dalam satu cerita

" Anak kepada seorang NELAYAN masih menuntut di Sekolah Menengah harian biasa, tidak dinafikan cabaran dia disekolah itu amat berbeza kerana dia ditempatkan di Kelas Pertama bersama pesaing-pesaing dari pelbagai bangsa..Lelaki didalam kelas itu hanya 10 orang sahaja termasuk anak  NELAYAN tersebut.

Pada tahun itu diperkenalkan PPSMI ( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ), Anak NELAYAN itu memang gemar subjek SAINS, tetapi menambahkan kesukaran apabila Subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.

Setelah satu penggal musim persekolahan, diadakan peperiksaan pertengahan tahun. dipendekkan cerita, anak nelayan tersebut mendapati keputusan matapelajaran SAINS dia gagal..hanya satu sahaja merah pada "report card" dia..dengan sebab itulah dia jatuh kepada "ranking" 31/35.

Daripada kes itu,

dia CEMBURU kan kawan-kawan yang berjaya,
dia IRI HATI dengan kelulusan semua subjek daripada kawan-kawan dia
dia DENGKI apabila melihat kawan-kawan lain senyum gembira.
dia juga merasakan bahawa dirinya tidak lanyak untuk berkawan dengan mereka ( walaupun kawan-kawannya tidak menganggap sebegitu pun ).

Selepas Kes itu,

dia menanamkan semangat untuk berjaya kerana cemburukan dengan kawan-kawan dia sebelum ini, selepas kelas tamat, dia akan berjumpa dengan cikgu Sains untuk mendapat kefahaman tentang apa yang dipelajarinya. dikesempatan itu jugalah, apabila dia ternampak kawan-kawannya membaca atau mengulangkaji pelajaran, hati dia berasa irihati dan dia pun mengulangkaji pelajaran juga, walaupun kadang-kadang dia "terpaksa" atau " buat-buat" ulangkaji ( mungkin untuk sedapkan hati dia sahaja )..Daripada sifat-sifat itulah, dia mencabar diri dia untuk berjaya dalam Peperiksaan Akhir Tahun kelak.
Akhirnya, apabila Peperiksaan Akhir Tahun diumumkan, dia mendapati bahawa dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam kesemua subjek sehingga dinobatkan sebagai pelajar contoh bagi pelajar Tingkatan 1..

" KEBURUKAN " DARIPADA SIFAT DENGKI @ IRI HATI @ CEMBURU

Kalau salah di"implemen"kan daripada sifat DENGKI ini mungkin akan menambahkan kesusahan kepada diri sendiri..semuanya bergantung pada niat kita. Sehinggakan disuatu cerita ini dinukilkan sebegini :

" Anak kepada seorang PETANI masih menuntut di Sekolah Menengah harian biasa, tidak dinafikan cabaran dia disekolah itu amat berbeza kerana dia ditempatkan di Kelas Pertama bersama pesaing-pesaing dari pelbagai bangsa..Lelaki didalam kelas itu hanya 10 orang sahaja termasuk anak PETANI tersebut.

Pada tahun itu diperkenalkan PPSMI ( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ), Anak PETANI itu memang gemar subjek MATEMATIK, tetapi menambahkan kesukaran apabila Subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.

Setelah satu penggal musim persekolahan, diadakan peperiksaan pertengahan tahun. dipendekkan cerita, anak PETANI tersebut mendapati keputusan matapelajaran MATEMATIK dia gagal..hanya satu sahaja merah pada "report card" dia..dengan sebab itulah dia jatuh kepada "ranking" 32/35.

Daripada kes itu,

dia CEMBURU kan kawan-kawan yang berjaya,
dia IRI HATI dengan kelulusan semua subjek daripada kawan-kawan dia
dia DENGKI apabila melihat kawan-kawan lain senyum gembira.
dia juga merasakan bahawa dirinya tidak lanyak untuk berkawan dengan mereka ( walaupun kawan-kawannya tidak menganggap sebegitu pun ).

Selepas Kes itu,

dia menanamkan semangat untuk berjaya menjatuhkan keputusan kawan-kawannya yang lain kerana cemburukan dengan kawan-kawan dia sebelum ini, selepas kelas tamat, dia akan mengajak kawan-kawan nya lepak sehingga mengabaikan pelajaran dan meninggalkan kerja sekolah. dikesempatan itu jugalah, apabila dia ternampak kawan-kawannya membaca atau mengulangkaji pelajaran, hati dia berasa irihati dan dia pun mencuri dan menyembunyikan nota kawan-kawannya , walaupun kadang-kadang dia menipu dan membohong kawan-kawannya yang lain. Daripada sifat-sifat itulah, dia mencabar diri dia untuk berjaya menghasut rakan-rakannya supaya ponteng sekolah dan lari daripada sekolah.
Akhirnya, apabila Peperiksaan Akhir Tahun diumumkan, dia mendapati bahawa dia mendapat keputusan yang tercorot  dalam kesemua subjek sehingga dia diturunkan ke kelas bawahan sebagai pengajaran keatas diri beliau sendiri.

Pesanan : Situasi yang sama dialami oleh kedua pelajar ini, kedua-dua pelajar ini cemburu dan iri hati tetapi cara dia salurkan Kecemburuan dan keirihatian itu membawa kepada kejayaan dan kegagalan..

~PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI~
_alif atif_

6 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    thanx pesanan!

  2. cerita yg menarik,
    kesimpulannya, x salah kan
    kalau kita cemburukan rakan
    dalam pelajaran??

  3. bagi pendapat peribadi saya xsalah..
    tetapi cara kita menangani cemburu itu bukan menjatuhkan kawan dengan perkara yang terkutuk..
    tapi mencabar diri kita agar melakukan terbaik dalam pelajaran..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...