• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

From : AlifAtif

Luahan Seorang Pelajar
Aku masih dalam suasana belajar di dalam keadaan yang terumbang ambing. Lagi-lagi bila dah 'high' level nie.memang bertambah menyukarkan lah.

Dalam belajar selalunya ada masanya kita akan selalu rasa malas belajar dan kadang-kadang sahaja rajin belajar. =).

Perumpamaan 

" Kenapa kalau kita main PES 2011, rasa masa macam sekejap jew, padahal dah 3 Jam menghadap depan LAPTOP main game, tapi kalau belajar kenapa rasa setengah jam pun dah cukup lama dan mengambil masa rehat dengan alasan untuk rehatkan minda.tapi rehatnya lebih daripada 2 jam ".

Bagaimana hendak wujudkan suasana belajar yang menarik?..supaya belajar nie rasa macam main PES 2011.

Pandangan lain

" Tidak penting berapa jam yang kau belajar, tetapi yang penting adalah kualiti belajar itu sendiri. contohnya : walaupun kau belajar setengah jam, tetapi dalam masa yang singkat tu ko dapat dan faham apa yang kau belajar. Tak semestinya belajar 3 jam 2 kau dapat apa yang kau belajar "

Tetapi lagi cantik kalau faham dalam masa 3 jam itu..=).

On the other side

Aku kalau nak belajar, aku belajar dalam 3,4 pagi. Mula-mula aku tidur dulu. Lepas tu, aku bangun belajar. Orang cakap belajar pagi-pagi nie senang masuk..yelar orang lain tidur kan.Tidak dinafikan juga dalam Islam juga ada digalakkan untuk bangun tengah malam menunaikan Solat Tahajjud..=).
Tapi mungkin ada sesetengah orang kurang sesuai dengan cara pembelajaran ini, mungkin dia akan dapat bangun 3 pagi, dan kalau cantik Solat Tahajjud dulu. Lepas tu, bila nak buka buku je, "godaan Katil" memanggil-manggil. Oklah.mungkin akan belajar atas katil, tapi sejauh mana mata akan bertahan?..Tapi kepada mereka yang sudah biasa dengan cara ini.teruskan.

Besides that

Ada juga yang boleh belajar didalam kelas sahaja. Menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas dan cuba memahami apa yang dibelajar dalam kelas. Bagi dia 'belajar hanya dalam kelas'.Luar kelas kurang tumpu untuk belajar dan Lebih tumpu dengan main atau buat kerja lain. Tak dinafikan ada juga orang berjaya dengan cara macam ini.

Pembakar semangat 

" Ada orang dia jeles bila kawan dia pandai dan dapat result gempak. lagi-lagi kalau seorang lelaki kalah dengan perempuan. memang perasaan dengki itu bertambah.tapi biar jadi "dengki yang baik".

" Pelajar kita dimanjakan, tak tahu tanya jawapan kat lecturer, bukan nak *cuba dulu...( cuba disini bermaksud cuba sampai limit )..apakah limit itu?..ia adalah mati..

" Ibubapa juga merupakan antara pembakar semangat : kita bukan dari keluarga yang senang dan rebutlah peluang sementara masih muda ini ".

p/s : Macam mana awak study ye?..maybe it depend of the people...buatlah dengan cara yang terbaik.






One Response so far.

  1. Anonymous says:

    if you are really sincere and eager to know that knowledge, insyaAllah, ull find the way, if otherwise instead, it will be vice versa. all da best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...