• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

" Rasanya lagi ramai daripada Solat Jumaat nie ".seorang kawan menyapa.
" Eh, ni Ceramah Ustaz Azhar Idruss ke atau ada karnival nie? ". tambah kawan seorang lagi.
" Tengok, bukan sahaja kita dapat ceramah, malah boleh menambah rezeki pada mereka yang menjual pada hari ini ". kata seorang sahabat.

Ni semua adalah antara yang keluar daripada mulut sahabat2 yang bersama pada malam tadi.
Kunjungan ke Masjid Negeri Shah Alam pada malam tadi memang sesuatu yang mengejutkan dan sangat-sangat teruja.
walaupun jangkaan ramai itu sudah pasti, tetapi ada beberapa perkara yang menarik bagi pandangan peribadi saya dengan ceramah mala tadi.

PERTAMA :

" Bagaimana boleh menarik hampir 30 ribu ( yang diumumkan olej AJK Masjid, tapi kalau sebenarnya mungkin lagi ramai ), sedangkan tiada pun iklan di Televisyen, tetapi hanya di Internet dan laman sesawang FB sahaja.

KEDUA :

" Program malam tadi selisih dengan Anugerah Juara Lagu 26, tetapi apa yang membuatkan anak-anak remaja xkira lelaki mahupun perempuan sanggup jalan kaki dan parking sesak-sesak untuk mendengar hanya seorang Ustaz yang hanya popular di Youtube dan Facebook sahaja.



" Adakah salah method dakwah yang disampaikan oleh UAI ?? "
" Kekecewaan dan KEKESALAN timbul di benak hati apabila ada pihak yang mengelarnya sebagai agen yahudi dan sebagainya untuk menjatuhkan beliau ".
" Siapakah kita untuk mengelarkan Ustaz dan Ulama sedemikian rupa ? "


PERSOALAN :

" Bagaimana erk nak tarik anak muda untuk minat dengar ceramah agama ? ".
" Atau dah ada orang yang nak jatuhkan UAI ini memang dah xnak dengan AGAMA? "
" Kenapa orang yang cakap UAI sebagai ejen yahudi itu tidak mengatakan bahawa  Konsert dan aktiviti yang dilihat terang-terangan MAKSIAT, itu sebagai AGEN YAHUDI ? ".


PANDANGAN PERIBADI :

" Bagi pandangan peribadi, cara penyampaian ceramah yang dilakukan oleh UAI tidak salah. Adakah salah bila UAI mampu menarik anak muda pergi ke masjid daripada pergi ke tempat sia-sia ? ".

" Jenaka yang dilakukan adakalanya merupakan daya penarik dan dengan jenaka ini kita mampu mengingatkan tentang dakwah yang disanpaikan ".

" Selalu yang bermain difikiran anak muda ini apabila dengar ceramah je, sesuatu yang membosankan, tetapi salah ker dengan pendekatan jenaka yang dibawa oleh UAI dalam menyampaikan dakwahnya mampu menarik Orang Muda Minat Dengar Ceramah. Xdelah gelak memanjang dan bersorak seperti konsert ".

KESIMPULANNYA :

" Bagi pandangan peribadi, pendekatan UAI dalam menyampaikan dakwahnya membuatkan mereka yang mengatakan dengar ceramah itu sesuatu yang bosan, berubah kepada menyeronokkan disamping mendapat input agama yang bermanfaat "

" bagi pandangan peribadi, UAI sudah mengubah golongan MUDA daripada tidak mendengar ceramah daripada mendengar ceramah "

TAG LINE UAI :



" Orang Muda Geng Kita "




Posted by The Story From Myself - - 8 Reaction

Dimanakah Tahun Baru 2012 anda ?

31 Disember 2012
8.00 malam

cerita ini cerita seseorang ,sekadar untuk berkongsi, terutamanya kepada diri sendiri dan kepada mereka yang membaca ini.

Perbualan Anak dan Ibu.

# Mak malam ni nak keluar boleh??.

* Nak pergi mana malam tahun baru nie?,

# Nak sambut CountDown la mak, malam nie kan malam terakhir kita sambut 2011..

* Kalau setakat nak tengok bunga api dan terkinja sana terkinja sini lebih baik duduk umah saje. Penat badan je pergi sana. dah la 'jamed', sesak pulak 2. lagi-lagi malam nie.

# Mama, itu KEBIASAAN yang kita lihat bila masuk tahun baru. tapi CountDown kali nie LUAR DARI KEBIASAAN mak.

* Yekew? tengok semua sama jew..CountDown jew ada konsert, pastu dah masuk pukul 12.00 malam, ada bunga api. Sepanjang mama hidup ini, itulah yang mama nampak bila nak masuk tahun baru.

# Kebiasaan itu yang kita kene ubah, yang adik ( nama timangan ) nak pergi nie memang ada konsert dan memang akan sangat 'jammed' punya lah

# Tapi mak. dalam konsert itu ada sembang santai Persoalan agama dengan Pengacara Raja Lawak dan Ustaz Fenomena di Youtube.

* aik?..Ustaz Fenomena Youtube? kenapa cakap macam tu?

# Ustaz nie xmasuk TV pun, tapi auranya dari Kanak-kanak sampai orang tua mengemarinya.

* Kalau macam tu, pergilah. janji benda tu, benda baik


1.1.2012
6.15 pagi

* Macam mana malam tadi? banyak bunga apinya?

# Bunga api? dengar dentam dentum tapi xnampak pun bunga apinya.

* Kenapa macam tu plak.

# Bunga api 2 kat tempat lain, kat tempat yang adik pergi nie, disambut dengan alunan Asmaul Husna, lepas tu ada doa daripada Ustaz.

* Aik? macam pelik je bunyinya.

# Pelik kew? xde peliknya lah. itu adalah cara yang kita patut amalkan dari dulu lagi, cuma bila ' perkara salah, sentiasa dilakukan, ianya akan kelihatan biasa, walaupun adakalanya perkara itu mendatangkan dosa '
* Abes ada apa je malam tadi?

# Kitorang dengar ceramah, ada konsert daripada Juara Akademik Fantasia, Pengacara Program Astro Oasis, dan Penyanyi lagu AdamMaya. dan tak lupa jugak salah seorang daripada anggota kumpulan Kamikaze ( suatu ketika dahulu )

* ada ceramah? bagusnya..sapa yang sampaikan?

# Bukan ceramah, tetapi lebih kepada sesi soal jawab. Yang tukang tanya tu Pengacara Rancangan Raja Lawak, dan yang jawab itu adalah Ustaz Yang terkenal di laman Youtube

* Nie baru 'first time' mama dengar sambut Tahun Baru macam nie..baguslah.

# Sangat bagus, sehinggakan menarik perhatian lebih daripada 80 000 orang. sangat-sangat ramai

* 80 000 ribu orang? ramainya..

# Tu la pasal, terkejut jugak ramai yang memilih untuk pergi ke tempat itu daripada pergi ke tempat lain untuk menyambut tahun baru.

* Baguslah. harap tahun depan perkara seperti ini dapat diadakan sepanjang tahun, xdelah membazir dengan bunga api yang beratus2 harganya tu.

^^ Perbualan terhenti sekitar 7.30 pagi dan terus menuju ke dapur untuk menjamah sarapan..

Keh Keh Keh..

_alif atif_








Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

Terpanggil untuk menulis satu cheritera.
ianya adalah rentetan daripada " tak layak atau tiada rezeki? ".


Pada ketika itu, mungkin kau merasakan
diri kau tidak layak lagi
untuk terus mendapat tempat
di dalam Institut Pengajian Tinggi
tapi
apa yang aku cuba rungkaikan adalah :
 ' Kelayakkan mu, kelayakkan yang terhenti '

Sekarang, mungkin ada suka bercampur hiba
terpaksa berjauhan kembali dengan keluarga
Walaupun hati rasa terpaksa
tetapi ini adalah tuntutan agama
ku pergi juga dengan restu Keluarga

Selamat kembali ke alam pembelajaran
Setelah berehat lama di seberang sana.
kau akan kembali di seberang sini
menuntut ilmu, mencurahkan bakti

Bukan kau tidak layak
tetapi kelayakkanmu itu tertangguh.
Tumpang gembira dapat berita ini
Harap kau teruskan apa yang kau hajati.
semoga mendapat restu Ilahi.
seiring dengan doa Ibubapa yang dicintai.

Jauh kau pergi kali ini
Sehingga melintasi 2 buah Negeri.
Apa-apa pun Semoga Berjaya Disana Nanti.
Jangan Lupakan Orang yang disayangi
Ibu bapa, keluarga dan Sahabat Sejati.
Yang pernah melakar hidupmu selama ini.

Kini.
kau akan bersama.
yaa..bersama rakan baru disana
carilah rakan yang sepadan
untuk membawamu kejalan kebenaran
agar tidak menyimpang dari Jalan Ilahi.
Jalan kebenaran Islam didahului

semoga kau cepat sesuaikan diri
berada di dunia sebegini
cabaran yang hebat dikena pasti
Senyum dan sabar bila Susah kau tempuhi

_alif atif_


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...