• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

From : AlifAtif
Mood : Konvokesyen
Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor

Sudah hampir seminggu berlangsung Konvokesyen UiTM yang ke 75 di Dewan Agong Tuanku Canselor.

Tahniah kepada semua Graduan yang telah berjaya menamatkan perjalanan.
Hampir setiap sudut disekeliling UiTM Shah Alam dipenuhi dengan Graduan yang mengambil gambar
ditempat-tempat menarik di sekitar UiTM Shah Alam..

Semuanya hendak dijadikan kenangan setelah mendapat segulung skrol Diploma, Ijazah Muda, Ijazah mahupun doktor..
Tapi bila bersembang dengan sesetengah pihak mengenai Konvokesyen, mereka memberi pandangan yang berbeza.

Pandangan Pertama
Saya dulu belajar, tak pernah nak pergi konvo. Mungkin sebab saya belajar kat luar negara dan IbuBapa pun tak dapat datang. Sebenarnya Konvo nie untuk raikan ibubapa. Seperti bukti yang kita sudah menamatkan pelajaranlah..Sedangkan mereka sudah tahu lebih awal dah..Nak ambil jubah buang masa, nak duduk tunggu giliran ambil skrol pun buang masa..

Pandangan Kedua
Aku dapat juga skrol dan pergi juga konvo, tapi tak delah sampai nak bergambar sana, bergambar sini. aku heran tengok dorang nie, sibuk je nak bergambar sana sini. Baru dapat diploma, tapi bergambar macam dapat "Master".

Pandangan Ketiga
"Pandangan Ketiga" ni menjawab "Pandangan Kedua". Hmm..aku suka umpama kan sesuatu benda ini.
"ada orang yang xdapat 3.4, dia menangis sebab xdapat Dekan dan ada orang yang dapat 3.0 dia menangis terharu dan gembira"..apa yang aku boleh dapat daripada perkara itu buat aku terfikir yang setiap orang bersyukur ini seperti berbeza-beza ..Mungkin sebelum nie orang itu gagal, bila dapat 3.0 je dia terlalu gembira sehingga menangis airmata. ada juga yang selalu dapat dekan, tetiba last sem sangkut, membuatkan dia menangis.

Begitu juga dengan Konvo nie. mungkin dalam family nya dia seorang sahaja dalam keluarganya yang dapat menjejak kaki dalam Menara Gading dan berpeluang mempunyai segulung Diploma. Mungkin sebab itulah cara dia meraikan apa yang dia dapat itu dengan cara yang berbeza. Tahniah kepada semua Graduan UiTM ke 75 terutamanyan kepada Graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik UiTM Pulau Pinang..=)


Ini hanya sekadar pandangan dan belajar daripada pengalaman orang lain..
~Belajar sesuatu daripada itu~


Posted by The Story From Myself - - 4 Reaction

Form = Alif Atif

*Curi masa belajar sekejap. esok test..

Gagal yang berjaya?
Ikuti cerita ini..

Aku pernah dengar cerita tentang 'owner' syarikat Barang Elektrik terkemuka.
Dia pernah masuk 'U'.
Tujuan dia masuk 'U' tu satu jew..
"He want a little knowledge about electric."

Selepas dia dah tahu dan dah faham tentang apa yang dia nak..
dia terus tinggalkan 'U' separuh jalan sahaja..
sebab dia dah capai apa yang dia nak..
Bila dia dah dapat apa yang dia tahu..
dia pula membuka kilang tersebut dan sekarang merupakan pemilik terbesar syarikat tersebut..

Nak kata habis belajar, tak jugak..
tetapi macam mana dia hadapi benda itu dan sanggup hadapi risiko tentang apa yang dia ingin bawa.
Sekarang dia merupakan salah seorang jutawan.

Lama kemudian, 'U' tersebut memangil beliau untuk diberikan Ijazah terhormat, dengan syarat dia kene habiskan belajar dahulu...
Tetapi dia menolaknya...

Pesanan
Jangan salah tafsir bahawa kita kene gagal dan berhenti belajar agar dapat jadi seperti orang diatas. Bukan itu pengajarannya.. Tetapi..macam mana dia boleh berfikiran sebegitu dan macam mana ye otak dia berfikir dan sanggup hadapi risiko untuk meneruskan  apa yang dia hajati walaupun dari segi pandangan orang memandang bahawa ianya seperti tidak mampu dilakukan dengan kelayakan yang sebegitu rupa..

"Kalau anda ingin berhenti belajar separuh jalan, silakan, tetapi anda perlu ada pemikiran seperti dia"




Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

From : AlifAtif

Luahan Seorang Pelajar
Aku masih dalam suasana belajar di dalam keadaan yang terumbang ambing. Lagi-lagi bila dah 'high' level nie.memang bertambah menyukarkan lah.

Dalam belajar selalunya ada masanya kita akan selalu rasa malas belajar dan kadang-kadang sahaja rajin belajar. =).

Perumpamaan 

" Kenapa kalau kita main PES 2011, rasa masa macam sekejap jew, padahal dah 3 Jam menghadap depan LAPTOP main game, tapi kalau belajar kenapa rasa setengah jam pun dah cukup lama dan mengambil masa rehat dengan alasan untuk rehatkan minda.tapi rehatnya lebih daripada 2 jam ".

Bagaimana hendak wujudkan suasana belajar yang menarik?..supaya belajar nie rasa macam main PES 2011.

Pandangan lain

" Tidak penting berapa jam yang kau belajar, tetapi yang penting adalah kualiti belajar itu sendiri. contohnya : walaupun kau belajar setengah jam, tetapi dalam masa yang singkat tu ko dapat dan faham apa yang kau belajar. Tak semestinya belajar 3 jam 2 kau dapat apa yang kau belajar "

Tetapi lagi cantik kalau faham dalam masa 3 jam itu..=).

On the other side

Aku kalau nak belajar, aku belajar dalam 3,4 pagi. Mula-mula aku tidur dulu. Lepas tu, aku bangun belajar. Orang cakap belajar pagi-pagi nie senang masuk..yelar orang lain tidur kan.Tidak dinafikan juga dalam Islam juga ada digalakkan untuk bangun tengah malam menunaikan Solat Tahajjud..=).
Tapi mungkin ada sesetengah orang kurang sesuai dengan cara pembelajaran ini, mungkin dia akan dapat bangun 3 pagi, dan kalau cantik Solat Tahajjud dulu. Lepas tu, bila nak buka buku je, "godaan Katil" memanggil-manggil. Oklah.mungkin akan belajar atas katil, tapi sejauh mana mata akan bertahan?..Tapi kepada mereka yang sudah biasa dengan cara ini.teruskan.

Besides that

Ada juga yang boleh belajar didalam kelas sahaja. Menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas dan cuba memahami apa yang dibelajar dalam kelas. Bagi dia 'belajar hanya dalam kelas'.Luar kelas kurang tumpu untuk belajar dan Lebih tumpu dengan main atau buat kerja lain. Tak dinafikan ada juga orang berjaya dengan cara macam ini.

Pembakar semangat 

" Ada orang dia jeles bila kawan dia pandai dan dapat result gempak. lagi-lagi kalau seorang lelaki kalah dengan perempuan. memang perasaan dengki itu bertambah.tapi biar jadi "dengki yang baik".

" Pelajar kita dimanjakan, tak tahu tanya jawapan kat lecturer, bukan nak *cuba dulu...( cuba disini bermaksud cuba sampai limit )..apakah limit itu?..ia adalah mati..

" Ibubapa juga merupakan antara pembakar semangat : kita bukan dari keluarga yang senang dan rebutlah peluang sementara masih muda ini ".

p/s : Macam mana awak study ye?..maybe it depend of the people...buatlah dengan cara yang terbaik.






Posted by The Story From Myself - - 12 Reaction

From : Alif Atif.
Location : Shah Alam.

Apa itu penyakit G6PD?
Bagaimana ianya boleh dihidapi?
Adakah ianya penyakit keturunan?
Dan adakah ianya boleh membawa mati?

G6PD means that Glucose-6-phosphate Dehydrogenase deficiency.

Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD merupakan  satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis. Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis perlu dielakkan.


Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia.

Episode : 1.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...