• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 4 Reaction

 
Alhamdulilah sekarang sudah bekerja sambil membuat beberapa latihan di Infineon Company di Melaka. Pelbagai program yang diadakan sama ada dalam perancangan atau tidak dalam memastikan semua kelahiran "BOOSTER ENGINEER" ini bukan sahaja “Specialist” daripada sesuatu bidang kejuruteraan tetapi mengasah bakat dalam kepimpinan dan “SOFT SKILL”

Antara aktiviti yang dijalankan adalah setiap dalam kalangan BOOSTER harus kehadapan untuk bercakap. Ya!. Bercakap. Senang ke bercakap? Hari hari kita bercakap kan? Tetapi bagaimana keadaan kita apabila bercakap di khalayak ramai?

Bagi sesetengah pihak, mungkin itu adalah suatu “pakaian” harian mereka. Tetapi mungkin bagi sesetengah pihak pula merasakan itu merupakan “pakaian” debaran seperti memakai Baju Pengantin kali pertama. ( macam tahu-tahu je debaran itu, sedangkan belum pernah pakai lagi )
 
Teringat kata-kata “Daddy“ ( ‘ayah‘ kepada Engineer Booster di sini ).
 
“ Kalau sesuatu perkara yang kamu takut, kemudian kamu LARI daripada perkara itu, itu dinamakan FOBIA. Tetapi jika kamu HADAPI sesuatu perkara yang kamu takutkan itu, itu akan menjadi PENDORONG untuk kamu “

Kata kata ini sangat memberi ransangan. Walaupun ianya dikatakan dalam nada yang biasa, tetapi maksudnya sangat mendalam. Dalam kehidupan, setiap dalam kalangan kita mempunyai ketakutan mereka masing-masing.
 
Ada orang takut lipas
ada orang takut buat salah
ada orang takut cakap dihadapan
dan ada orang takut makan
Tetapi kalau kita lari daripada ketakutan itu, sampai bila kita akan mengelak untuk menghadapinya,
“Aku tak bolehlah bercakap dihadapan, malu dan tiada keyakinan”

Jika kamu sudah merasakan bahawa itu salah satu “kelemahan” kamu, lebih baik anda mencari “jalan” untuk menghadapinya, bukan sentiasa memberi alasan yang sama.
Bukanlah hari ini berlatih, esok terus jadi “AZNIL HJ NAWAWI”, cukuplah menjadi seorang bayi yang belajar bertatih. Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk melangkah ke tahap seterusnya.

 Setiap orang mempunyai kebolehan dan kelebihan yang berbeza-beza.

“Jawapan Kehidupan Setiap Orang Itu Berbeza, Kerana Soalannya Tidak Sama“

Semuanya dilihat mustahil, sehingga kita mendapat jawapannya.

Pandangan Penulis
Azraful Azman

 

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction


Bukan ingin menyentuh isu Tun Mahathir menarik semula sokongan terhadap Dato’ Seri Najib Razak, tetapi ingin menyentuh isi daripada artikel “MENEGUR” yang sebenarnya mampu mengejutkan mereka yang masih tidur dengan tradisi.

“ Aku takutlah nak tegur dia, dia kawan aku, malah ketua aku, aku takut nanti dia terasa kalau aku tegur dia ”
“ Takutlah nak tegur beliau(pemimpin), takut dia terasa hati plak? ”


Dalam menegur, pasti akan terasa, sebab hanya dapat merasai teguran itu seseorang itu akan merasakan bahawa dirinya ditegur dan akan sedar yang dia berada dalam kesilapan.


Perumpaan dongeng daripada ‘ Che Det ’ sangat mendalam. Apa yang cuba disampaikan adalah sifat pengampu yang mungkin wujud dalam kalangan pemimpin sehingga sentiasa sahaja mengiyakan apa yang dilakukan oleh pemimpin walaupun sesuatu perkara itu adalah menjadi suatu kesalahan.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

Mungkin sifat mengiyakan itu dilakukan kerana ingin menjaga periuk masing-masing.
Kenapa? Kalau tegur sesuatu yang salah akan dibuang kerja ke? Mungkin perkara itu pasti berlaku. Ya! Pasti!.
Adakalanya dengan kritikan, mampu untuk motivasi dan kembali lihat diri dan keupayaan kita semula sejauh mana kita sudah capai dan apa yang perlu untuk dicapai lagi dan lagi.
“ Jika kamu pernah hadapi kritikan yang ‘bernilai‘ 100%, pasti kamu akan ‘selamba‘ apabila kamu hadapi kritikan yang ‘bernilai‘ 70%. Tetapi, bersedialah hadapi kritikan atau cabaran yang ‘bernilai‘ lebih daripada 100%, kerana mungkin ianya sangat menyakitkan dan mampu menjatuhkan nilai motivasi kamu untuk berjaya“.

Adakah salah menegur seorang pemimpin?

-   Tidak menjadi suatu kesalahan dalam menegur pemimpin, tetapi kaedah dalam menegur itu haruslah tidak mengaibkan dan menjatuhkan pemimpin itu sendiri
Contoh : Menegur secara berdua sahaja dan mungkin menghantar surat, Direct Message, Private Message dan sebagainya.
Masalah : Mungkin susah untuk menegur seseorang pemimpin, tetapi sebenarnya lagi susah untuk seorang ketua itu menurunkan ego mereka dalam menerima kritikan dan teguran tersebut.

Adakah setiap apa yang dilakukan itu sentiasa betul sebab ianya seorang ketua?
-   Bagi pandangan saya tidak, hakikatnya seorang ketua itu tetap manusia, dan manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Bersedia untuk menerima situasi apabila ingin ditegur.

-   Masalahnya adalah, sejauh mana seorang ketua atau pemimpin itu mampu berlapang dada dan bersedia untuk menerima teguran walaupun daripada anak buahnya sendiri.

-   Seorang ketua tidak perlulah terlalu ego, terimalah pandangan, adakalanya pandangan mereka lagi bernas dari kita. 
Semoga wujudnya sikap menegur untuk kebaikan bersama, bukan menegur untuk kepentingan individu dan menjatuhkan antara satu sama lain

Tulisan ini adalah tulisan umum tidak dituju kepada mana-mana pihak.

p/s : aku masih teringat cerita yang mengatakan Tun Mahathir ‘gila‘ semasa ingin membuat Jambatan Pulau Pinang dan Menara KLCC, tapi hari ini sudah siap Jambatan Pulau Pinang kedua. Mungkin dulu mustahil dan idea yang gila jika mengatakan bahawa manusia mampu ‘terbang‘, tapi sekarang tidak mustahil lagi.
Semoga Malaysiaku Terus Aman.

Pandangan Pnulis
Azraful Azman

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Dalam bahasa mudahnya, mesyuarat itu lebih kepada perjumpaan antara ahli dalam memberi pandangan, hujah dan seterusnya juga menetapkan satu keputusan yang dipersetujui bersama.

Namun mungkin ada beberapa perkara teknikal dan persoalan yang timbul sepanjang mesyuarat ini berlaku.

1.       Jika sesebuah mesyuarat itu bertujuan untuk memutuskan sesuatu perkara, bagaimanakah  hendak memuaskan hati semua ahli mesyuarat terhadap keputusan mesyuarat yang telah dibuat?

Penerangan

Tidak menjadi suatu kesalahan dalam memberi  cadangan atau pandangan dalam mesyuarat, malah digalakkan. Apa yang pasti adalah, dalam kebanyakkan cadangan, pasti hanya satu cadangan yang diterima. Bagaimana perasaan bagi mereka yang mencadangkan sesuatu perkara tetapi cadangan itu tidak diterima dalam mesyuarat. Pasti akan wujud juga perasaan tidak puas hati itu walaupun sedikit. Mungkin perkara ini pasti akan terjadi, tetapi bagaimana kita mampu untuk mengurangkannya?.

Penyelesaian

Seharusnya keputusan yang telah dibuat itu disepakati oleh majoriti dalam ahli mesyuarat setelah mendengar pelbagai pandangan mengenai semua cadangan. Setiap dalam kalangan mereka yang memberi cadangan dan pandangan haruslah mempunyai hujah yang mantap dalam mempertahankan cadangan yang dikemukan. Ahli mesyuarat harus fikir secara matang, lihat kebaikan dan keburukan dalam sesuatu cadangan. Rasionalkan minda dalam membuat keputusan. Pastikan cadangan itu dibincang secara ‘masak’. Jika semuanya sudah dilakukan secara rasional dan teliti, pastinya cadangan yang terbaik dalam kalangan terbaik itu dipilih dalam sesebuah mesyuarat. Mungkin ini membantu dalam mengurangkan ketidakpuasan hati kerana sudah mendengar pelbagai hujah mengapa cadangan dia ditolak dan mengapa cadangan orang lain pula yang diterima. Wallahua’lam

2.       Apakah sepatutnya yang dilakukan jika cadangan kita diterima atau ditolak?

Penerangan

Ada baca dalam adab mesyuarat dengan mengatakan bahawa jika cadangan kita diterima, kita haruslah beristighfar, kerana takut cadangan kita itu menjadi punca tersebarnya debu-debu dosa untuk diri kita. Jika cadangan kita ditolak, berlapang dada dalam keputusan itu dan ucaplah alhamdulilah, kerana mungkin kalau cadangan kita itu diterima akan mendatangkan dosa kepada kita.

Penyelesaian

Tetapi jangan lah terlalu takut dan fobia untuk memberi cadangan dan pandangan. Kalau cadangan itu baik dan bermanfaat, mungkin ianya akan diganjarankan dengan pahala berpanjangan. Wallahua’lam

3.       Keputusan  dipersetujui  dalam mesyuarat, tetapi ada suara sumbang yang keluar selepas mesyuarat yang mengatakan tak setuju dan ada cadangan lain, apa pandangan?

Penerangan

Setiap perkara yang diputuskan dan dibincangkan haruslah diselesaikan di dalam mesyuarat. Tidak dibincangkan dibelakang dan diluar mesyuarat. Mengapa dalam mesyuarat takut untuk menyuarakan pandangan anda, tetapi berani di luar mesyuarat. Maknanya anda bukanlah seorang ahli mesyuarat dan organisasi yang baik. Jika kita sudah mencadangkan sesuatu perkara dan perkara itu tidak diterima, maka berlapang dada lah dalam menerimanya. Apa – apa pun yakin dengan keberkatan mesyuarat yang dibincangkan.

4.       Adakah seorang ketua boleh mengeluarkan pendapat walaupun beliau mempergerusikan mesyuarat tersurat dan berkuasa untuk mengeluarkan keputusan mesyuarat.

Penerangan

Seharusnya boleh, tetapi sebaiknya perlu melalui proses yang sama iaitu mencadangkan pandangan itu, mengeluarkan hujah dan ‘voting’ daripada ahli mesyuarat. Kalau sesuatu itu tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada organisasi, perlulah melalui cara yang sama dalam memutuskan sesuatu keputusan.

Contoh

Ketua ada cadangan, dan anak buah juga ada cadangan mereka. Setiap orang merasakan bahawa cadangan mereka adalah yang terbaik. Oleh sebab itu, mesyuarat dan perbincangan harus dilakukan dalam memilih perkara yang terbaik dalam kalangan yang terbaik itu. Ketua mencadangkan agar tempat program dilakukan di kawasan A, dan anak buah pun ada cadangan di tempat lain. Keputusan mesyuarat memutuskan bahawa dibuat di kawasan B, tidak selari dengan kehendak peribadi ketua. Ketua yang baik, akan sentiasa bersama dengan keputusan yang diputuskan bersama anak buah dalam mesyuarat walaupun tidak memenuhi kehendak peribadi ketua

Penyelesaian

Tidak dinafikan juga, ‘suara’ ketua sangat penting dalam memutuskan sesuatu keputusan dan mungkin anak buah akan terpengaruh dengan apa yang dicadangkan oleh seorang ketua walaupun perkara itu tidak dibahaskan dan mungkin ada cadangan yang lebih baik. Tidak semua cadangan ketua itu adalah baik. Ketua harus memainkan peranan supaya kata-katanya tidak mempengaruhi dalam mencadangkan sesuatu pandangan.

Contoh :

Ketua : Saya mencadangkan perkara ini bukan kerana saya seorang pengerusi mesyuarat, tetapi salah seorang daripada ahli mesyuarat sama seperti kamu jua.

Anak Buah : Baiklah.
 
Perkara ini akan membantu dan mengingatkan bahawa, cadangan seorang ketua itu juga boleh dibahaskan seperti anak buah yang lain juga. Kerana seorang ketua itu tetap manusia dan manusia tidak lari daripada melakukan sebarang kesilapan.

5.      Bagaimana jika seorang ketua hanya mendengar pandangan anak buah, tetapi tetap berkeras dengan keputusan yang diputuskan dan tidak dibincangkan?

Penerangan

Ketua yang baik akan sentiasa memahami cara kerja anak buah dan kebanyakkan kerja teknikal pasti dilakukan oleh anak buah dalam merealisasikan sebarang keputusan yang dipersetujui. Tidak dinafikan bahawa ketua ada kuasa untuk menetapkan sesuatu keputusan, tetapi tidak bermakna boleh melakukannya sesuka hati. Mungkin kuasa keputusan veto seorang ketua boleh dilakukan apabila cadangan daripada pihak lain itu akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada organisasi.

p/s : Jika suasana ini berlaku, bukanlah bermaksud mesyuarat namanya.

Penulis

Azraful Azman
 
*Sebahagian tulisan ini adalah pertanyaan daripada pemimpin mahasiswa Universiti
             *Tulisan ini hanya pandangan penulis sahaja, jika bermanfaat, boleh sahaja untuk diamalkan
*Tidak semua situasi adalah sama, jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi di ‘Facebook‘ saya.

 

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Dalam ada ketikanya, ada perkara yang difikirkan dalam kalangan mahasiswa ( terutamanaya penuntut tahun akhir ) adalah :

' Apa yang aku akan kerja nanti '
' Takutlah hendak menghadapi suasana kerja sebab tak ingat semua apa yang dipelajari di Universiti '

Jika ada perasaan ini, bagus!. tetapi lagi bertambah bagus jika kita cuba mengambil inisiatif untuk bersedia menghadapi alam pekerjaan dengan mengulang kaji apa yang pernah dipelajari di Universiti.

Adakah perasaan itu normal? Ya!. kerana kita dilatih untuk menjawab peperiksaan yang tidak boleh membawa buku masuk dan perlu hafal 'every single of formula'. Kita merasakan bahawa perkara yang sama akan terjadi dalam alam pekerjaan kelak, akan tetapi, semasa alam  pekerjaan, boleh sahaja untuk merujuk buku itu kalau terlupa formula dan sebagainya.

Ada beberapa kenalan daripada Universiti mohon kepada saya untuk memberi pendapat berkaitan dengan :

" Kerja tidak sama dengan apa yang dipelajari di Universiti "

Ramai juga dalam kalangan kita terjadi dalam seuasana ini. Bila ditanya :
" Kerja apa? " , " Buat Bisnes Sendiri "
" Dulu masa belajar ambil apa? " , " Dulu ambil Kejuruteraan Elektrik "

Aik? Kenapa kerja tak sama dengan apa yang dipelajari. Kalau macam itu, RUGI sahaja kamu belajar Elektrik sebelum ini.

Adakah benar-benar rugi?

Ini mungkin antara sebab kerana terjadinya perkara seperti berikut :

1) Disebabkan 'passion' dengan sesuatu perkara.

- Semasa belajar minat bidang lain, tetapi selepas belajar, minat bidang lain.
Contoh : Semasa belajar Universiti, ambil bahagian Elektrik, tetapi bila menghadapi kehidupan Universiti, kamu 'passion' dalam bahagian Bisnes.  Macam mana?. Tidak menjadi masalah. Kalau itu kemahuan dan 'passion' bagi kamu, teruskan!.

- Hal ini kerana, selagi mana kamu 'passion' dalam melakukan sesuatu, kamu akan gembira untuk menghadapinya, walaupun kamu menghadapi pelbagai kesukaran dan kesusahan. Apabila kamu berada dalam keadaan gembira dalam melakukan pekerjaan, yang pastinya, hasil kerja kamu itu sebenarnya lebih baik berbanding kamu melakukan sesuatu secara terpaksa.

2) Itu sahaja Kerja yang dapat.

- Mungkin semasa mohon kerja, pelbagai tempat dan jawatan yang dimohon sama ada sama bidang yang dipelajari atau tidak. Tetapi rezeki kerja yang tidak sama bidang itu pula yang ditawarkan kerja dahulu. Bagaimana? adakah ingin menolak tawaran tersebut?.

- Semasa anda mohon kerja, pastinya anda akan lihat kepada maklumat pekerjaan tersebut. Walaupun ianya tidak sama dengan bidang yang anda pelajari, tetapi usaha anda untuk mohon pekerjaan tersebut menunjukkan bahawa anda inginkan pekerjaan tersebut. Jika mendapat tawaran tersebut, terpulang kepada anda untuk "accept" or "deny" it. Apa yang boleh diperkatakan, peluang tidak datang sekali

3) Dah dapat kerja, tapi takut hendak mula macam mana, sebab tak sama dengan bidang yang dipelajari.

- Pertama, bila anda mohon kerja, dan dah dapat, anda harus faham bahawa anda layak untuk mendapat jawatan tersebut. Ingat!. secara positifnya anda layak untuk kerja tersebut. LAYAK!. Jangan risau tentang permulaan kerja, sebab semuanya anda akan belajar semula di tempat tersebut. Walaupun anda tidak belajar dalam bidang tersebut.

- Sebagai contoh, keberanian yang anda hadapi semasa mula-mula anda masuk ke Darjah 1, Tingkatan 1, dan Universiti membuatkan anda berjaya sehingga sekarang dan seterusnya. Oleh itu, perasaan itu berulang semasa anda berada di permulaan hari pekerjaan kamu.

Pandangan penulis

a) Berusaha sebaiknya untuk mendapatkan kerja apa yang anda inginkan. Dapat tidak dapat itu nombor dua, yang pertama adalah berusaha untuk mendapatkannya.

p/s : Kalau anda lapar, adakah anda akan kenyang dengan melafazkan perkataan "KENYANG" selama 100 kali?

b) Kalau anda belajar dalam bidang lain, tetapi minat dan "passion" anda menjurus kearah lain. Teruskan. Tidak semestinya 4 tahun anda ambil jurusan Elektrik, anda belajar Elektrik, jika dalam tempoh anda belajar anda masuk dalam persatuan pastinya banyak lagi perkara dan pelajaran daripada 'kuliah tidak berdinding' yang anda belajar.

p/s : Adakah menjadi suatu kerugian bila apa yang anda belajar tidak diaplikasi kan dalam kerja?. Bagi saya tidak, malah itu ilmu tambahan bagi anda. Adakah anda akan dapat ilmu berpersatuan, daya fikiran kritis dan kematangan membuat keputusan jika anda tidak masuk ke Universiti?. Teruskan apa yang anda minati. Kalau ka

c) Jangan takut untuk memulakan sesuatu yang bukan dalam bidang anda. Ya, pada awalnya mungkin akan sedikit takut dan tidak berani, tetapi lama kelamaan perasaan itu akan menjadi kebiasaan

p/s : Dalam kehidupan kita, semua perkara kita bermula dengan tidak tahu. Adakah anda terus belajar Membaca sebelum anda mengetahui huruf A, B dan C?

d) Orang akan selalu cakap " Sia-sia sahaja belajar dahulu, kalau kerja tidak sama dengan apa yang belajar dahulu ". Setiap apa yang orang kata, kalau ianya tidak mendatangkan perkara positif dalam diri kamu, lebih baik kamu endahkan. Kalau kata-kata itu membuatkan kamu positif, maka itu lebih baik bagi kamu.

p/s : kehidupan kamu adalah kamu yang arahkan dan kamu tentukan.Orang lain boleh suruh anda bangun dan duduk, tetapi perlakuan hendak duduk atau bangun terpulang kepada diri kamu sendiri. Kalau cara kurang elok, anda Tanya semula kepada si penanya, "Boleh carikan saya kerja yang sesuai dengan bidang yang saya belajar?". Kalau boleh, itu peluang terbaik. =)


Ini hanyalah karangan penulis, dan tidak semuanya menjadi suatu perkara yang betul kepada semua pembaca. Tulisan ini membawa kepada pembaca berfikir dan nilai, bukanlah sesuatu yang perlu diikuti. Nilai semula adakah ianya sama dengan kehidupan si pembaca =). Match it!

Hanya sekadar berkongsi
Azraful Azman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...