• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

1) Tiada semuanya akan kekal dalam hidup ini. ( Suhaimah ).


2) Kita mencari kesempurnaan mereka, tetapi kita tidak ke arah kesempurnaan itu


3) Mereka sering lakukan apa yang kita tidak suka ,pernahkah kita lihat kembali perbuatan kita yang membuatkan mereka tidak suka pada kita.


4) Kejarlah kesempurnaan walaupun diri ini kurang sempurna ( Azrul )


5) Orang pandai belajar daripada kesilapan diri sendiri ,orang bijaksana belajar daripada kesilapan orang lain


6) Kita lihat sesuatu yang salah pada perlakuan orang lain, tetapi bila kita lakukan ianya terasa betul sahaja.    


7) Kita harapkan kesempurnaan seseorang, tetapi kita harus mencapai kesempurnaan itu.


8) Semalam adalah kenangan, hari ini menghadapi realiti dan esok adalah impian yang belum pasti.


9) Wujud perasaan suka itu bila tegur terasa malu, bila si dia bercakap dengan orang lain terasa cemburu dan mengharap apa yang dirasainya semoga si dia pun tahu.


10) Jangan kita mudah menuduh dan menghukum sesuatu, selidik dan selamilah ia, sesungguhnya dia sudah mencuba dan berusaha


11) Cuba terima dan dengar pandangan orang lain, walaupun dia lebih muda daripada kita.


12) Walaupun kita mengalami peristiwa sama, tetapi mungkin pemikiran kita berbeza..


13) Tak semua bahagia dpt dikongsi dan tak semua derita mampu utk dicerita... hakikatnya, sedekat mana kita berada...mungkin tak semua dapat dirasa bersama.


14) Jujur lebih baik daripada berbohong, tetapi mungkin berahsia dan memendam itu lebih menyelamatkan keadaan 


15) Janganlah takut bahawa hidup kita akan berakhir tetapi takutlah hidup kita tidak pernah dimulakan.


16) Kalau cantik dimuka,tapi dimulutmu tiada senyuman terukir maka hodohlah dirimu dilihat


17) Sejarah mungkin berulang jika kita tidak mengingatinya.


18) Jadilah diri kamu lebih baik daripada semalam.


19) Kehidupan seorang pemimpin seperti ikan didalam akuarium


20) Jangan kamu suka mengata2,bila kamu mengata2 orang lain, kamu akan dikatakan oleh orang lain.


21) Datanglah dengan cawan yang kosong,kalau datang dengan cawan yang penuh,isi nya akan melimpah


22) Manusia tidak menolak perubahan, tetapi manusia memberontak untuk berubah


23) Keluarkan apa yang terbaik dalam diri kamu.


24) Adakah manusia dilahirkan untuk mencari keslaahna orang lain??


25) Letaklah harapan kamu setinggi bintang kerana kalau dia jatuh pun dia belum sampai ke bumi lagi


26) Money is not everything but everything need money


27) Jangan lah menyanyangi seseorang itu berlebih-lebihan kerana lama kelamaan kamu akan membencinya juga


28) Anda terpaksa mencari 10 alasan untuk gagal,tetapi anda memerlukan 1 alasan untuk berjaya.


29) Saya lebih suka menangis dalam keadaan dibasahi hujan kerana tiada siapa yang tahu saya sedang menangis


30) Orang yang selalu ambil peluang adalah orang yang berjaya dalam hidupnya.


* lokasi   : SMT Klang.
               : Lundu, Sarawak.


_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 3 Reaction

Menerusi suatu perjalanan..
menyusuri jalan yang berjauh batu....
penantian sambil menunggu tiba dan melaksanakan tuntutan Perintah Ilahi...
akhirnya tiba di destinasi..
melakukan tuntutan Perintah Ilahi..

Setibanya disana..terjumpa dengan seorang Pakcik yang baru Alif sua...
bercerita dan bersembang dengannya tanpa kenali siapa namanya..
menceritakan bahawa dia baru balik melawat anaknya dari shah alam..
anaknya terlibat dalam kemalangan dan menceritakan bahawa kad maybaknya sudah patah..
sambil menunjukkan kad tersebut..

Dalam pada berborak itu,masuk lagi seorang sabahan..
menengur kami dan terus mengambil wuduk..
Kemudian,Pakcik itu menceritakan bahawa dia tidak mempunyai wang untuk pulang ke SIK, Kedah..
sambil menunjukkan duit RM 5.00..

Terpaku diri Alif seketika sambil diam seribu bahasa..
Kemudian Abang dari Sabah itu duduk sambil bercerita tentang pengenalan dirinya..
Rancak berbual dengan Abang tersebut..
Rancak dan Periang orangnya..
tetiba Abang tersebut perasaan Pakcik tersebut sugul dan Abang tersebut menanyakan sesuatu kepada Pakcik tersebut..Abang tu cakap "Kenapa nie Pakcik,macam ada masalah sahaja,cerita lah.kalau boleh bantu,saya bantu ,kita kan rakyat Malaysia ,tidak kesahlah walaupun aku dari Sabah".
Pakcik tersebut menceritakan apa yang dia ceritanya sebentar tadi..

~Azan Maghrib berkumandang, semua menunaikan fardhu Maghrib~

Selepas itu,Abang tersebut menanyakan kepada Alif kemana tempat tujuan Pakcik tersebut..
Alif menjawab beliau hendak balik ke kampung di Sik, Kedah...
Abang tersebut pun keluar dari tempat solat dan mencari Tiket ke Sik..
Setelah selesai wirid, Abang tersebut kembali dengan membawa Tiket ke Sik untuk diberikan kepada Pakcik tersebut..

Kemudian Pakcik tersebut berkata pula yang dia ingin pulang ke Baling, bukan Sik...
Kemudian dia berjumpa dengan Alif dan memarahi Alif kerana lain kali tanya dulu saya mahu kemana,Alif menjawab,"tadi Pakcik kata Pakcik nak balik ke Sik,Kedah, so Abang tu bantu lah Pakcik belikan tiket untuk balik ke Sik."..
"Kamu ni macam dah malukan Pakcik la.".."saya xberniat nak malukan pakcik, tetapi saya dan Abang tu nak bantu Pakcik balik ke Sik,Kedah"..
Alif seperti dimarahi oleh Pakcik tersebut..

Pakcik itu keluar dari surau..
Abang itu pun keluar dan mencari kan tiket ke Baling...
Alif pun tidak tahu apa yang terjadi antara Pakcik dan Abang tersebut...
Selepas Alif keluar dari Surau,barulah Abang tu cerita semuanya pasal Pakcik 2..
Abang tersebut sangat murah hati,memberikan wang belanja kepada Pakcik tersebut dan ingin membeli tiket ke Baling untuk Pakcik tersebut..tetapi tidak mahu pula..
mungkin Pakcik itu ingin meminta wang dengan menggunakan alasan dia nak beli tiket,tapi bila Abang tu beli tiket,tidak mahu pula dia mengambilnya..

Alif pun teringat suatu pesanan ibunya~"Daripada Kita bagi duit dekat dia,lebih baik kita belikan apa kemahuannya , lebih-lebih lagi kalau dari segi makanan la"


Rupa-rupanya abang tersebut pun 'apply' apa yang dikatakan oleh ibu Alif..


Alif pun memanjangkan perbualan bersama Abang tersebut..
Abang itu dari Sabah..bekerja sebagai Piping Minyak..
Sudah banyak negara dia merantau.
Abang tersebut menceritakan bahawa dia hanya lulus sampai darjah 2 sahaja..
Tetapi sekarang,sudah hidup dengan senang..


Memang senang berbicara dengan Abang tersebut.kemudian Abang tersebut cakap."kalau kamu free,nak belajar pasal piping nie,beritahu la yew"
Alif pun ambil nombor telefon Abang tersebut..


Alif memang meminati kerja dalam bidang tersebut sejak kecil lagi..
Cara Abang itu memang nampak ikhlas dalam membantu..
Cara dia memang terlalu baik..
Tapi takut dalam baik itu dia ambil kesempatan..
harap-harap sangat abang tersebut ikhlas dalam membantu Alif kelak..
Alif kene lah hati-hati..

Alif dan Abang tersebut menghentikan Perbualan dengan Abang tersebut meminta Izin untuk membeli tiket Pulang Ke Johor Bahru..

Sukarnya nak berjumpa dengan orang sebegitu..Peramah,Membantu dan Saling memberi nasihat..
Banyak pengalaman yang Alif peroleh semasa berbual dengan Abang tersebut..
Diharapkan Impian Alif tercapai..ada suatu perkara yang Abang itu cakap..
Dia mengatakan bahawa muka Alif macam orang Sabah.itu yang Abang itu tanya tu.
Misi Abang tersebut-Dia tidak akan berkahwin selagi tidak melihat keempat-empat adiknya masuk ke menara Gading..

Apa Pengajaran daripada cerita Alif ini??fikir-fikirkanlah..



Pengajaran
1) Pengorbanan Si Abang dalam menyara keluarga yang jauh di Borneo.
2) Sikap membantu bagi mereka yang memerlukan
3) Bersikap Peramah walaupun kita mungkin baru pertama kali bersua
4) Memahami perasaan orang lain.
5) Banyak lagi.....

Posted by The Story From Myself - - 3 Reaction

“Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi, untuk dicintai sepenuh hati oleh insan yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi.
Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan…
Lebih baik saja cinta itu tidak pernah hadir.”

“Sesiapapun pandai menghayati cinta tetapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta itu bukanlah objek yang boleh dilihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta itu hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.”

“Berhati-hatilah dengan cinta. Kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak…jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu.”

“Berkemungkinan apa yang kita sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya.
Dan berkemungkinan apa yang kita benci itu tersimpan kebaikan di dalamnya.”

Posted by The Story From Myself - - 5 Reaction

kadang-kadang terjumpa barulah menyapa
hidup begini sememangnya sunyi
mencari-cari tidak kujumpa
bagaimana mencari rakan sejati?

pokok mati di atas taman
setiap yang mati pasti bernyawa,
kalau berkawan kerana kehenseman,
kelak hodoh lari rakannya.

melihat nuri sentiasa berterbangan,
terbangnya ia ke sarang tempua,
hensem dan lawa jadi ukuran,
setelah tua berkedut jua.

Tom selalu gaduh dengan jerry,tetapi mereka saling memerlukan.

berjalan keluar ke rumah rakan
semasa masuk kaki dicuci,
berkawan kerana rasa kebaikan,
tersalah sedikit mulalah dibenci


pokok jambu buah berangan,
mengutip buah,di petang hari
Senyuman manis penentu berkawan,
kalau xsenyum,kawan pun lari.

mencari perabot berakar rotan
meja dibeli bersama kerusi
kegembiraan menjadi akar persahabatan,
bila kita menangis,tiada pula disisi
 
gambar upin dan ipin bersama rakan-rakannya
Cinta jatuh pandangan mata,
mulalah hati sudah berkenan,
berkawan kerana kekayaan harta,
lari semuanya bila kemiskinan.

jadilah dirimu orang berguna,
gapailah cita-cita,kurangkan berangan,
merasakan kawannya sudah sempurna,
sedangkan manusia serba kekurangan

hidup penuh suka dan duka,
hadapi ianya penuh pengorbanan,
lawa menjadi  tarikan utama,
nanti berkedut tiada berkawan.

pandanglah muka kenali dirinya
selamilah hati seorang rakan
terimalah ianya dengan seadanya,
bantulah jika ada kekurangan

keluarga sinchan dan rakan-rakannya.
sekali sekala datang berjumpa
menyapa tersenyum berjabat tangan,
sebarang kekurangan jangan dihina,
hadir dirimu mencantikkan keadaan,



_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

Kesabaran..
Kesabaran seorang ibu memang tiada tolok bandingnya..
Kadang-kadang kita fikirkan balik,tidak semua orang boleh bersabar dengan telatah kita,perangai dan sebagainya..
Kalau kita lukakan hati seseorang,mungkin dia tidak kawan atau tidak tegur kita lagi..
begitu juga kalau orang buat kita.
Tetapi,kadang-kadang tanpa kita sedar,kita telah banyak melukakan hati seorang ibu..
menguris hatinya dengan hanya perkataan "Ahh.." sahaja.
tetapi tidak sesekali ibu menjauhkan diri dari kita, mana mungkin ibu ingin memulaukan kita dan jauh sekali seorang ibu ingin membiarkan anaknya dibiarkan begitu sahaja..
Malah,Ibu lagi menasihati tanda sayangnya dia bekat kita..
Cuba kalau kita sekarang merasa apa yang seorang ibu rasa,adakah kita melakukan apa yang seorang ibu lakukan????

Tolak Ansur..
Ibu lah yang membesar kan kita dari kecil sampai umur kita sekarang ini..
mata beliau lah yang merupakan "gambar" pembesaran kita dari sebesar tapak tangan sehingga sudah mampu berdiri.
kadang-kadang kalau kita bersama orang lain,mungkin sukar untuk menerapkan unsur tolak ansur sesama rakan mahupun sahabat..
tetapi..
cuba kita tengok gambaran seorang ibu..
-seorang anak menyapa emakanya.."Ibu dah makan?."..Ibunya menjawab " sudah anakku."..
sedangkan ibunya belum makan dan makanan memang cukup-cukup untuk mengalas perut anaknya..-

Ibunya sanggup berkata begitu semata-mata ingin melihat anaknya memakan makanan tersebut didepan matanya sendiri..Sungguh mulia hati seorang ibu..
Cuba kalau kita sekarang merasa apa yang seorang ibu rasa,adakah kita melakukan apa yang seorang ibu lakukan????

 anaknya menaiki basikal,tetapi ibunya menolak basikal tersebut.

Pengorbanan..
Kalau menceritakan soal pengorbanan,jangan dipertikaikan lagi..
memang seorang ibu terlalu banyak pengorbanan nya terhadap kita sebagai seorang anak..
Semasa dalam kandungan lagi,ibu kita banyak berkorban unyuk kita..
menjaga kandungan..melahirkan kita..memberi susuan dan sebagainya..
Mampukah kita membalasnya??
Cuba lah kita banyakkan atau lakukan..
-kita ikat perut kita dengan 2 kg beratan, dan membiarkan selama 1 bulan.
adakah kita mampu menahannya??
Cuba kalau kita sekarang merasa apa yang seorang ibu rasa,adakah kita melakukan apa yang seorang ibu lakukan???

Mungkin kalau seorang ibu yang membaca artikel ini merasakan bahawa seperti artikel ini memang tidak cukup untuk meluahkan apa yang dilakukan oleh seorang ibu kepada anaknya..
dan artikel ini juga ditulis oleh seorang anak yang melihat ibunya,
tetapi bagaimana pula seorang ibu yang menulis artikel ini??
memang rasanya,tidak dapat diceritakan..kerana setiap apa yang dilakukan oleh seorang ibu,terutamanya berkaitan soal pengorbanan dan sebagainya,seorang ibu akan merahsiakan daripada pengetahuan anaknya..kerana seorang ibu tidak mahu melihat anaknya merasa penderitaan seperti apa yang dialami oelh ibunya..


Sayangilah ibu sebelum beliau pergi buat selama-lamanya..

Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

terima kasih 

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Tiada apa yang mampu kubalas melainkan..

Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

Sebelum ke tempat itu.

"Tolong belikan surat khabar".Atok bercakap kepada cucunya..
"Nak pergi kedai ke Alif?".Ibunya menyapa.
"Ye mak!".jawab Alif.
"Jom pergi supermarket ngan mama,nanti beli surat khabar atok sekali".Ibunya berkata.
"Baik mak".balas alif.

Ketika di tempat itu.

Setibanya di pasaraya tersebut.perkara yang utama ambil troli untuk berjalan-jalan membawa barang yang BAKAL dibeli.
Beli ayam,

Beli ikan,
Beli sayur, dan Beli Tuala " SELAMAT PAGI "


Semasa menunggu ibu memilih barang,terpandang seorang budak kecik di tepi Kotak ais.Dia tengok kebawah dan ingin mengambil aiskrim. Aiskirm yang disebutkan adalah seperti berikut :

aiskrim keinginan budak kecik tersebut

Melihat pada itu, ternampak USAHA budak tersebut untuk mengambil aiskrim tersebut yang berada di dasar paling bawa.Sehingga dia melompat sedikit dan membengkokkan badan untuk mengambil aiskrim tersebut. Alif pun menghampiri dan membantu budak kecil tersebut mengambil dan menyerahkan aiskrim tersebut kepada budak kecik itu..

Budak kecik tu pandang pelik dan mengambil aiskrim itu dan meletakkan kedalam bakul pasaraya Ibunya.

Tetapi,selepas itu ,ibunya meletakkan kembali aiskrim jenis itu dan mengambilkan aiskrim yang lain.Seperti lampiran dibawah.


Kalau la kita cuba terbayang dan selami perasaan dan keinginan Budak kecil tersebut. sanggup berusaha dan hampir terjatuh didalam kotak ais 2 semata-mata untuk memenuhi hajatnya mengambil aiskrim tersebut,tetapi harapan dan usahanya musnah apabila dia aiskrim keinginan dia itu digantikan dengan aiskrim lain.Kadang-kadang kita merasakan bahawa kita sahaja yang betul tetapi mungkin pandangan dan keinginan seseorang itu lebih bermakna.
=)

setiap orang semestinya ada keinginan dan perasaan tertentu dan kanag-kadangnya tidak dizahirkan melalui percakapan tetapi boleh dilihat melalui perbuatan.


Lebih kurang macam ini lar,tetapi budak tersebut lagi kecil daripada ini.

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Dalam pada diam tak diam, tinggal lagi hanya 1 paper sahaja lagi untuk semester ini.Walaupun paper semalam agak menyusahkan tetapi apa yang dilakukan adalah yang terbaik dalam mengejar dan menempah kejayaan sepanjang hidup ini.

Kadang-kadang kalau kita fikir, apa yang kita rasa mungkin tidak sama apa yang orang lain rasakan,walaupun anda dan dia mengalami peristiwa yang sama, pada masa yang sama, pada waktu yang sama dan mungkin berlaku bersebelahan sahaja.

Diceritakan pada suatu petang, seorang guru mengajar kepada anak muridnya tentang rasa "manis". dalam experiment tersebut ,Guru tersebut memanggil 3 orang pelajar kehadapan untuk dijadikan bahan uji kaji.
Guru tersebut meletakkan 3 jenis makanan manis dihadapan murid tersebut. Pertama adalah COKLAT, BUAH TEMBIKAI dan GULA-GULA..





Kemudian guru tersebut mengarahkan setiap daripada seorang pelajar mengambil satu makanan manis  tersebut .Murid A ambil buah tembikai, Murid B ambil gula-gula dan Murid C mengambil coklat.
Guru tersebut mengarahkan anak muridnya itu memakan makanan yang diambil nya sebentar tadi.

Setelah daripada itu, guru tersebut bertanya kepada ketiga-tiga anak muridnya tentang apa yang dirasa daripada berlainan makanan tadi..Semuanya menjawab jawapan yang sama iaitu MANIS..

Guru tersebut bertanyakan kepada Murid A, " Macam mana rasa manis buah tembikai itu? ".Murid A menjawab, "Errr..rasa macam manis-manis buah.".Soalan sama diajukan kepada Murid B. Murid B menjawab, "Manis nya tidak terkata cikgu". "Tipulah..habis kenapa kamu cakap tadi, tadi kata tidak terkata." berseloroh guru tersebut kepada anak muridnya.

Kemudian soalan yang sama diajukan kepada Murid C tentang kemanisan coklat tersebut. Murid C menjawab, " Rasa manisnya coklat itu macam ada nikmat semasa menelannya.".

Kalau kita tengok balik, Kita hanya mampu mendengar dan mungkin memahami sedikit tentang setiap kemanisan yang dirasa dan diceritakan oleh ketiga-tiga Murid tersebut.Tetapi adakah kita rasa serupa apa yang Ketiga-tiga murid itu rasa??..
kerana kita hanya mampu mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh mereka.
Mungkin jadi apabila kita merasa Buah Tembikai itu ,rasanya mungkin pahit atau masam.

Setiap hati dan perasaan orang kadang kala memang berlainan, walaupun kita mengalami perkara,masa,waktu yang serupa.walaupun dia berada disebelah kita, walaupun dia cerita sedikit tentang apa yang dia rasa, tetapi sungguh berbeza dengan apa yang dialaminya.

Melalui cerita ini,mungkin boleh dikaitkan dalam pelajaran pula,  Kita menganggap bahawa dekan itu seperti MANIS rasanya, tetapi ada yang mungkin cara seseorang itu mendapat DEKAN dengan "memakan buah tembikai" , "memakan coklat" atau "memakan gula-gula".
atau mungkin ada yang mendapat DEKAN dengan terpaksa "memakan buah kedondong"
dan mungkin,setiap mereka yang merasa DEKAN itu gembira..
adakah setiap mereka merasakan kegembiraan mendapat DEKAN itu sama??


Tertarik saya dengan kata-kata ini "Pengajaran terbaik adalah melalui pengalaman sendiri"

Berbalik kepada cerita tersebut.
Dalam ketiga-tiga makanan itu,buah tembikai,coklat dan gula-gula mana satu yang paling manis??
Bagaimana kita hendak menilainya??.

selamat mencuba.
=)

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Dalam perjalanan menuju ke suatu tempat..
banyak pengalaman yang terasa dilalui..
walaupun dalam pada kita sedar atau tidak...
kita sudah mempelajari sesuatu yang baru atau mengingati sesuatu yang pernah berlaku..

Kadang-kadang sesuatu pandangan yang indah itu akan menjadi buruk apabila pandangan yang indah itu mengingatkan kita tentang peristiwa hitam yang mungkin pernah kita lalui dan tempuhi

Tapi kita yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmah-NYA

tertarik dalam suatu perjalanan..
kiri dan kanan dipenuhi sawah yang baru sahaja dibajak semula untuk tenaman padi yang baru..


 keadaan tradisional untuk membajak sawah





 keadaan bangau di tempat sawah padi

 Melihat pada permandangan ini, ianya merasa sesuatu benda yang tersirat walaupun ianya perkara biasa yang biasa kita lihat di kawasan sawah padi.

apa yang terfikir adalah keadaan burung bangau yang putih bersih itu tidak kotor walaupun dikelilingi oleh "lecak-lecak sawah padi tersebut"

sesuatu perkara yang boleh kita lihat,mungkin burung bangau yang putih itu pandai menjaga dirinya walaupun dia berada dikawasan lecak-lecak tersebut.

Kalau berbalik pada diri kita,
kita dilahirkan dalan keadaan suci dan bersih ( seperti burung bangau dalam cerita di atas ) dan kadang-kadang kita mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang dahsyat pada zaman ini..

Keadaan lecak 2 pula mengambarkan situasi jika kita berada di kawasan yang kurang senang ataupun keadaan sekeliling sekarang yang penuh dengan hiburan dan sebagainya..

cuba kita jadi seperti bangau ( seperti dalam cerita di atas ).tetap menjaga dirinya walaupun ianya dikelililngi oleh keadaan yang kotor dan lecak.


 cerita ini untuk diri saya juga.




Posted by The Story From Myself - - 5 Reaction

Tadi adalah exam yang ketiga..
Sepanjang tempuh pembelajaran untuk subjek tersebut semuanya berjalan lancar.
Kefahaman itu kadang kala datang dan pergi di dalam kepala ini.

Kelemahan dalam sesuatu subjek adalah subjek membaca dan menghafal.
Lagi-lagi semasa Exam yang kedua hari itu..

nie adalah keadaan di meja belajar,

 disudut meja agak berselerak sehingga tidak dapat menjumpai nota-nota lain

Meja study


keadaan di rumah kawan semasa sehari sebelum periksa
Ada juga diantara kita yang hanya 2 "kertas" sahaja untuk final kali ini..tidak kurang hebatnya ada yang 1 paper sahaja semasa final ni.
Kadang-kadang dalam kita periksa lalui ini, matlamat kita kadang-kadang untuk mendapat markah yang tinggi dan memang itu semestinya perkara yang ingin dikecapi oleh pelajar.
Setelah satu semester memafaatkan masa ,berhempas pulas ,mencurah keringa tdan sebagainya ,habuan utama yang diharapkan adalah mengecapi 3.5 keatas ataupun status DEKAN.

Kadang-kadang itu matlamat kita kan..
Kawan yang lain pernah berkata " Kefahaman itu lagi Bagus daripada kita menghafal tetapi tidak tahu apa-apa"

Betul!!!saya setuju!! Tapi proses belajar dan kefahaman ini kadang-kadang ada mood juga ,mungkin tidak semua mengalami situasi yang sama.
Ada yang dalam beberapa minit sudah boleh mengingat,memahami dan menghafal semua apa yang dibelajar pada waktu itu..

dan ada juga yang mengambil beberapa jam untuk mengingat, memahami dan menghafal semua apa yang dibelajarinya

dan kadang-kadang sudah hujung-hujung semester barulah kita memahami apa yang diajar oleh Pensyarah kita..
Mungkin kita kene cek balik pada diri kita sendiri,tentang cara bagaimana untuk kita belajar dan memanfaatkan saki-baki masa ini agar dapat digunakan sebaiknya untuk mengulang kaji pelajaran.
Kata-kata dari seseorang "Dekan Itu Hanya Bonus Sahaja, Yang Penting Kejayaan Yang Hakiki"

Bagi yang sudah habis kertas-kertas itu ,selamat pulang ke rumah


Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

Selalunya. jam tangan akan dibuka dan diletak didalam poket semasa mengambil wuduk dan sebagainya..

Satu hari itu,hampir terlupa bahawa Jam tangan berada di dalam poket seluar.

balik dari bilik sahaja,baru keluarkan barang dalam poket.

apabila keluarkan,ianya seperti satu kejutan yang terbesar apabila JAM TANGAN kesayangan itu rosak


bukan rosak,Tali jam tersebut, terputus dua







JAM 2 adalah jam KESAYANGAN..
KESAYANGAN???

apa yang berlaku,walaupun kita sayang kat jam,tetapi jam 2 dah terputus dua

ada satu perumpamaan ini..

"sayangkan BUNGA,ianya akan LAYU
sayangkan POKOK,ianya akan MATI
sayangkan ORANG,ianya akan PERGI JUA
sayang KEPADA ALLAH ,adalah KEKAL ABADI.

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu.

Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.


p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Malam yang sangat hening membuatkan diriku tidak mempunyai kesempatan untuk tidur dengan lena sendiri

walaupun masih banyak "kertas.kertas" yang masih belum dijawab,namun ianya seperti tidak memberi erti kepada diri ini.
apa yang difikirkan adalah lebih jauh dari itu ,kerana ianya melibatkan selain diri ini..

mungkin sesuatu yang sebelum pernah dialami dan takut perkara yang buruk akan berulang lagi.

terima kasih kerana memberi dan akan dijaga walaupun mungkin akhirnya akan dibenci. 


Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

AURAT WANITA BUKAN SAHAJA TUDUNG.

1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D <> aud <> , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


sumber dari : epilog sebuah kehidupan

Posted by The Story From Myself - - 4 Reaction

Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?

Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?
Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.
Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah.
Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.
Tetapi saya memang bingung.
Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.

Cinta Monyet
Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.
Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.
Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.
Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.
Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu.
Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.
Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.
Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.
Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.
Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.
Aduh! Saya menjadi semakin bingung.
Benarkah ini semua?

APA ITU Erti couple, cinta dan perkahwinan
Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti.
Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.
Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.
Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.
Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini.
Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal.
Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.

Islam dan Cinta
Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.
Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?
Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?
Bercinta adalah berkasih sayang.
Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?
Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.
Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?
Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.
Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.
Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.
Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).
Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.
Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).
Perkahwinan yang memang bergelora.
Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.

Jual mahal?
Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.
Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?
Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?
Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?
Isu yang berat untuk difikirkan bersama.
Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.
Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.
Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kakak kandung saya yang bakal melansungkan pernikahan Sabtu ini.
Juga buat senior mahupun junior yang selamat diijabkabulkan sepanjang cuti ini.
Tahniah dan selamat menempuh alam baru!


sumber dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/995-bercouple-atau-jual-mahal.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...